Polis cari Visven bantu kes bunuh

Iklan
Polis kesan Visven bagi membantu siasatan polis berhubung kes bunuh di Taman Desa Harmoni, Kluang.

KLUANG - Polis masih mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada tubuh badan di Taman Desa Harmoni di sini, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, individu terbabit dikenali sebagai G Visven, 40.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebelum itu, pada jam 1 petang Sabtu, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di lokasi.

Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (IPD) Kluang dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor telah berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun pada jam 11.22 malam Sabtu.

Iklan

"Hasil soal siasat mendedahkan, seorang lagi suspek warga tempatan dikenali sebagai G Visven, 40 tahun masih bebas.

"Susulan itu, orang ramai yang mengenali atau mengetahui kedudukan saspek diharapkan dapat menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat dan tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di IPD Kluang pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, menurut Bahrin, semakan ke atas lelaki yang ditahan mendapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau dan 11 rekod narkotik bagaimana pun saringan air kencing negatif daripada pengaruh dadah.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.