RUU Mufti (WP) 2024: Mufti tidak kebal undang-undang

Iklan
Musa Awang

SHAH ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menafikan dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 memberikan kekebalan undang-undang kepada mufti dan hanya pandangan untuk mengaburi masyarakat agar menentang fatwa itu.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, walaupun sub-seksyen 15 (3) RUU itu menyatakan mufti tidak boleh dipanggil atau disaman untuk memberikan pendapat, keterangan atau menjadi saksi bagi satu-satu perbicaraan yang berhubungan dengan hukum syarak di mana-mana mahkamah, namun afidavit atau keterangan bertulis sebagai pendapat pakar masih boleh diterima di mahkamah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peruntukan itu bertujuan untuk menjaga maruah dan peribadi mufti daripada bersoal jawab di mahkamah yang mana boleh menjejaskan kredibiliti dan merendahkan kedudukan mufti sebagai Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu.

"Sekiranya berlaku sebarang kekhilafan atau kekeliruan terhadap sesuatu fatwa yang telah dan diwartakan, mufti atas inisiatifnya atau permintaan mana-mana pihak, selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa meminda, mengubah suai atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah dikeluarkan (seksyen 12 RUU Mufti WP).

Iklan

"Tatacara meminda, mengubah suai atau membatalkan sesuatu fatwa adalah jauh lebih mudah kerana ia tidak perlu di bawa ke Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengesahkan bahawa RUU Mufti akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula 14 Oktober ini.

Iklan

Tambah Musa, RUU Mufti WP bukan untuk pemakaian di seluruh negara atau Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, tiada tekanan atau paksaan untuk RUU Mufti WP diterima pakai di negeri-negeri lain kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sahaja).

"Pemakaiannya tidak boleh melangkaui ke negeri-negeri lain dalam Malaysia.

"Dewan Undangan Negeri (DUN) kekal mempunyai kuasa tersendiri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan. Sub-seksyen 1 (2) RUU Mufti WP dengan jelas memperuntukkan perkara itu,"ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa RUU Mufti WP tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan hanya orang Islam yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan fatwa yang diwartakan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Musa memberitahu, suatu fatwa tanpa diwartakan tidak mengikat dan mempunyai implikasi perundangan.

"Ia hanya perlu dihormati dan menjadi panduan hukum syarak bagi orang-orang Islam di negeri berkenaan.

"Walaupun dalam sub-seksyen 11 (b) RUU Mufti WP memperuntukkan suatu fatwa yang diwartakan hendaklah diiktiraf oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan semua perkara yang dinyatakan dalam fatwa itu, namun tidak terikat.

"Ini kerana kuasa untuk mentafsir undang-undang itu masih terletak di tangan mahkamah," katanya.