Pelaburan domestik, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM

Iklan
Anwar (tiga dari kanan) ketika hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78, pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Dewan Perniagaan dan Industri China Bersekutu (ACCCIM) di sini, pada Ahad berkata, beliau mengaitkan momentum positif pelaburan domestik itu disebabkan minat, keyakinan dan komitmen semakin meningkat ditunjukkan oleh pemain industri tempatan.

Iklan
Iklan

"Pelaburan domestik telah meningkat secara luar biasa, oleh itu saya berterima kasih kepada anda (sektor swasta).

"Susulan itu, jika terdapat momentum pelaburan domestik yang mengagumkan maka saya tidak sepatutnya mengenakan cukai kepada anda (sektor swasta) terlalu tinggi,” katanya secara berseloroh.

Iklan

Beliau berkata, sektor swasta termasuk perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS) akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2025 akan datang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet di Parlimen pada Jumaat, 18 Oktober ini. - Bernama

Iklan