MyBHA gesa kerajaan kawal selia penginapan sewa jangka pendek

Iklan
Sri Ganesh

SHAH ALAM - Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) menggesa kerajaan untuk mengawal selia Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA).

Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, pertumbuhan yang tidak dikawal selia itu telah mewujudkan persaingan yang tidak seimbang dan menimbulkan ancaman signifikan kepada industri hospitaliti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, persatuan tersebut mendesak suatu tindakan segera diambil untuk mengawal selia dalam memastikan STRA mematuhi keperluan undang-undang, pendaftaran, pelesenan, keselamatan, kebersihan, dan percukaian yang sama seperti sebuah hotel.

"Ini akan menggalakkan persaingan adil dan melindungi kepentingan pengguna serta penyedia penginapan yang berlesen.

Iklan

"MyBHA juga menggesa kerajaan untuk kawal selia Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelancong dengan penyedia penginapan.

"Terdapat kebimbangan yang meningkat mengenai amalan tidak adil yang boleh merugikan pengusaha hotel.

Iklan

"Ia akan menggalakkan ketelusan, memastikan perjanjian dan persefahaman yang adil di samping melindungi pengguna daripada amalan eksploitatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Sri Ganesh, MyBHA juga meminta kerajaan supaya memastikan Belanjawan 2025 memberikan impak jangka panjang yang positif terhadap industri hotel, khususnya bagi pengusaha kecil termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ujarnya, PKS yang berkaitan dengan produk pelancongan dan mereka yang berada di luar bandar dan daerah kecil, ketika negara bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, penting Belanjawan 2025 ini memperuntukkan bajet yang mencukupi bagi mempersiapkan sektor hospitaliti dan pelancongan kita bagi jangkaan peningkatan pelancong.

"Bajet yang dirancang dengan baik bukan sahaja akan meningkatkan pertumbuhan industri tetapi juga mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan global terkemuka,” tambahnya.

Sri Ganesh memaklumkan MyBHA menekankan keperluan kerajaan memastikan pegawai berpengalaman dan berkelayakan mengetuai kesemua inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 itu.

Katanya lagi, pegawai tersebut bukan sahaja mempunyai pengetahuan luas mengenai industri itu namun akan mengekalkan hubungan kukuh dengan semua pihak berkepentingan.

"Kepimpinan sedemikian penting untuk memupuk kerjasama, memahami keperluan industri, dan melaksanakan strategi yang akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan secara keseluruhan,” ujarnya.

Tambah beliau, satu lagi cadangan kritikal adalah pindaan terhadap nilai ambang Cukai Jualan dan Perkhidmatan Perkhidmatan (SST).

"Kini ditetapkan pada RM500,000, nilai ambang ini telah membebankan pengusaha hotel kecil dan sederhana.

"MyBHA mencadangkan supaya nilai ambang dipinda kepada RM1.5 juta atau suatu nilai ambang tahunan yang sesuai.

"Penyesuaian ini akan mengurangkan tekanan kewangan ke atas pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana dan membolehkan mereka melabur semula dalam perniagaan mereka dalam usaha meningkatkan pengalaman pelancong, dan menyumbang dengan lebih efektif kepada industri pelancongan," katanya.