MPAJ, JPS akan laksana kerja baik pulih tebing tanah runtuh di Ampang

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan struktur tebing sungai yang runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini semalam.

MPAJ dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) membuat kawalan lalu lintas di kawasan berkenaan dan dua kenderaan yang hampir terjatuh ke dalam longkang akibat runtuhan tebing itu juga telah ditarik keluar menggunakan trak tunda jam 9 malam tadi.

Iklan
Iklan

"Orang ramai khususnya penduduk Ampang diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bencana terutamanya ketika musim peralihan monsun dan tengkujuh.

"Unit PANTAS MPAJ sedia dihubungi menerusi talian 03-4285 7333 sekiranya berlaku sebarang bencana,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara semalam menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju runtuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, insiden kira-kira jam 7 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa. - Bernama

Iklan