Dua kenderaan hampir terjatuh di tebing sungai berjaya ditarik

Iklan
Kejadian tebing anak Sungai Kerayong runtuh berlaku pada 7.15 malam selepas hujan berpanjangan semalam.

AMPANG - Dua kenderaan hampir terjatuh di tebing Sungai Kerayong, Taman Lembah Maju, Ampang di sini yang runtuh pada Sabtu berjaya ditarik malam tadi.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian tebing anak Sungai Kerayong runtuh berlaku pada 7.15 malam selepas hujan berpanjangan semalam.

Iklan
Iklan

"Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa, namun dua kenderaan hampir jatuh ke dalam sungai sudah dikenal pasti.

"MPAJ menerusi Pasukan Tindakan Segera (Pantas) membuat kawalan lalu lintas serta melaksanakan kerja menarik keluar dua kenderaan itu dari lokasi kejadian menggunakan trak tunda, kira-kira 9 malam," katanya kenyataan itu pada Ahad.

Iklan
Orang ramai boleh menghubungi Unit Pantas MPAJ di talian 03-42857333 sekiranya berlaku sebarang bencana.

Pihak berkuasa tempatan itu mengulas lanjut berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja pembaikan lanjut pada struktur tebing anak Sungai Kerayong yang mengalami kerosakan.

"Orang ramai khususnya penduduk Ampang juga diingatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk bencana terutama ketika musim peralihan monsun dan musim tengkujuh yang diikuti hujan lebat dan angin kuat," ujarnya.

Iklan

Orang ramai boleh menghubungi Unit Pantas MPAJ di talian 03-42857333 sekiranya berlaku sebarang bencana.