[VIDEO] 96 ibu bapa tidak terlibat GISBH mohon pulangkan anak mereka

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 96 ibu bapa kepada 174 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) memohon agar anak mereka dipulangkan semula ke pangkuan keluarga masing-masing berikutan sudah hampir lebih sebulan tidak berjumpa.

Jurucakap Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, ia kerana anak-anak tersebut bukan diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepertimana dikatakan media, sebaliknya ditahan, dipisah serta disembunyikan secara tidak sah dari segi undang-undang.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, keadaan tersebut melanggar hak asasi manusia, Artikel 9 dan 18 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak(CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata, ada antara ibu bapa tidak terlibat sama sekali dengan fahaman GISBH, sebaliknya bekerja sebagai sukarelawan di bawah beberapa anak syarikat sahaja.

Iklan
Tun Faisal (tengah) ketika sidang akhbar GPAAK di Putrajaya pada Ahad. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

"Kami kesal dengan kenyataan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan media yang mengelirukan serta berbaur fitnah.

"Disebabkan kenyataan itu, ada ibu bapa dan anak-anak ditahan dengan cara yang menyalahi undang-undang serta melampaui skop siasatan polis.

Iklan

"Ada yang trauma, kemurungan, dipaksa melalui kehidupan ditahan polis, anak orang kurang upaya (OKU) dan autisme dipisahkan dari ibu bapa, bayi masih menyusu badan dan ramai lagi," katanya ketika sidang akhbar di Putrajaya, pada Ahad.

Tun Faisal memaklumkan, 96 ibu bapa yang ditahan lokap selama tujuh hari enam malam itu majoritinya bukan ahli GISBH iaitu sekitar 80.2 peratus manakala selebihnya hanya 19.8 peratus.

Tambah beliau, 49 peratus daripadanya tiada kaitan dengan GISBH dan dalam kalangan 51 peratus pula adalah staf sukarelawan syarikat persendirian atau program bimbingan organisasi berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan alasan golongan bukan ahli dan yang tiada kaitan dengan GISBH diperlakukan sebegitu rupa sehinggakan disabitkan kesalahan mendera kanak-kanak.

"Bukankah ini kes salah tangkapan? Apa kaitan mereka dengan sebarang dakwaan ajaran sesat?

"Sejumlah besar anak-anak ini tidak ditangkap oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah amal yang bermasalah di mana didakwa berlaku kejadian liwat atau penipuan.

"Tetapi mereka telah menangkap ibu bapa dan kanak-kanak secara salah di premis yang bukan rumah amal contohnya rumah jagaan, nurseri, sekolah, asrama, pusat tahfiz serta penempatan pekerja, malah rumah tumpangan," ujarnya.