44 pemandu mabuk ditahan

Iklan
Seramai 62 individu yang ditahan ini, ini melibatkan 44 kes mabuk, sembilan samseng jalanan dan sembilan lagi bagi kesalahan lain. Foto ihsan Polis Johor

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 62 individu terdiri daripada 58 lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur 15 hingga 73 tahun dalam Op Patuh di seluruh Johor selama 12 hari sehingga Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi memfokuskan kepada isu pemandu mabuk dan samseng jalanan serta enam kesalahan utama yang sering dilakukan antaranya memandu laju dan memotong barisan.

Iklan
Iklan

"Seramai 62 individu yang ditahan ini, ini melibatkan 44 kes mabuk, sembilan samseng jalanan dan sembilan lagi bagi kesalahan lain.

"Sepanjang tempoh operasi juga polis telah mengeluarkan 397 saman atas kesalahan memotong 'Q' dan 453 saman bagi kesalahan langgar lampu isyarat.

Iklan

"Kedua-dua kesalahan tersebut merupakan yang paling tinggi dan kerap dilakukan pengguna jalan raya. Sebanyak 2,491 keping saman Pol 257 dan Pol 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Kumar, sebanyak 44 buah motosikal turut disita.

Iklan

Tegas Kumar, operasi tersebut akan dijalankan secara berterusan dalam memastikan semua peraturan dan undang-undang jalan raya dipatuhi, dihormati dan dibudayakan.

"Tindakan tegas kepada mana-mana individu yang jelas secara cuai melanggar peraturan sehingga boleh mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Didik diri untuk jadi pemandu yang berhemah dan sentiasa saling hormat menghormati kerana jalan raya dikongsi bersama,” ujarnya.