7 maut, 4 cedera dalam kemalangan keracunan gas di timur China

Iklan
Tujuh orang maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan keracunan gas di sebuah syarikat bioteknologi di wilayah Shandong, timur China, pada Sabtu. Gambar hiasan

JINAN - Tujuh orang maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan keracunan gas di sebuah syarikat bioteknologi di wilayah Shandong, timur China, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari Sabtu di syarikat bioteknologi Weifang Jinshi, kata biro pengurusan kecemasan Bandar Shouguang.

Iklan
Iklan

Mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil, tambah biro itu, sambil menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama/Xinhua

Iklan
Iklan