Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Sedim

Iklan
Anggota bomba membuat pemeriksaan di sekeliling kawasan air terjun dan pencarian di lokasi dengan menggunakan alat bantuan tali.

KULIM - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di kawasan perkelahan Sungai Sedim di sini, dalam kejadian arus deras petang Ahad.

Mangsa berusia 30-an dipercayai datang ke kawasan itu bersama ahli keluarga dan rakan menaiki tiga buah kenderaan dari Pulau Pinang untuk berkelah di lokasi popular di Kedah itu.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.41 petang memaklumkan kejadian dan bergegas ke lokasi kejadian sejurus kemudian.

Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di kawasan perkelahan Sungai Sedim, Kulim, Kedah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke tempat kejadian mendapati benar terdapat mangsa kemungkinan lemas semasa melakukan aktiviti mandi di tempat perkelahan tersebut.

Iklan

"Tindakan anggota membuat pemeriksaan di sekeliling kawasan air terjun dan pencarian di lokasi dengan menggunakan alat bantuan tali.

"Bantuan tambahan serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah dikerahkan ke lokasi kejadian," katanya.

Iklan
Pasukan penyelamat yang turut bersedia di lokasi kejadian dalam operasi menyelamat seorang mangsa yang dikhuatiri lemas.

Difahamkan, ketika kejadian, cuaca baik cuma pergerakan air agak deras memandangkan berlaku hujan di hulu sungai sebelum kejadian.

Jelas beliau, perkembangan terkini akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan penyelamat lain.