Antonio Guterres si lantang 'menentang' Israel di PBB

Iklan
Guterres ketika berucap di pentas PBB.

1 JANUARI 2017, menandakan hari 'berat' buat Antonio Guterres,75, apabila bermulanya tugas beliau sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggantikan Bank Ki-Moon dari Korea Selatan.

Bekas Perdana Menteri Portugal itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan pada tarikh berkenaan sekali gus menjadi tokoh tertinggi kesembilan dalam sejarah 71 tahun badan dunia itu.

Iklan
Iklan

Beliau sebelum itu menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian selama 10 tahun selain pernah menjadi Perdana Menteri Portugal dari 1995 hingga 2002.

Kepimpinan beliau yang cemerlang mengemudi PBB sebagai Setiausaha Agung membolehkannya meneruskan kepimpinan untuk penggal kedua iaitu bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

Iklan

"Guterres berjaya membuktikan dirinya layak untuk memegang jawatan ini berdasarkan prestasinya selama hampir lima tahun menjadi Setiausaha Agung PBB.

"Kita semua sudah melihat bagaimana beliau berkhidmat, saya berpandangan beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai Setiausaha Agung.

Iklan

"Beliau adalah pembina hubungan antarabangsa dan ramai memuji pandangannya berhubung zon konflik," demikian menurut Wakil Tetap Estonia ke PBB yang juga Presiden UNSC Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi Jun, Sven Jurgenson, ketika mengumumkan lantikan semula Guterres pada Jun 2021.

Guterres semasa membuat kunjungan di kem pelarian di sempadan Sierra Leone-Liberia pada Jun 2006 sempena Hari Pelarian Sedunia.

LATAR BELAKANG GUTERRES

Beliau dilahirkan pada 20 April 1949 di Lisbon, Portugal. Memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang teknikal dan fizik.

Beliau fasih dalam beberapa bahasa antaranya bahasa Perancis, Sepanyol, Inggeris dan Portugal.

Guterres ketika masih berkhidmat di Portugal merupakan seorang yang sangat prihatin terhadap rakyat miskin di negara itu, sehingga dilantik sebagai presiden sebuah pertubuhan untuk golongan miskin di Lisbon pada awal 1970-an.

Berjaya kemudi PBB hingga membuatkan Israel tidak senang duduk, tidak seperti kelaziman seorang sosok yang berada di PBB berani mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada Zionis.

Bagi Guterres seorang pemimpin itu perlu berani menyatakan kebenaran meskipun yang ditentang itu merupakan 'kuasa besar dan kuat'.

Pada Oktober 2023, Guterres mengutuk tindakan Zionis yang mengebom penduduk Palestin.

Guterres ketika sesi mesyuarat peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB pada Oktober 2023 berkata, serangan pejuang Hamas ke atas Israel bukan dilakukan secara tiba-tiba.

"Kita perlu sedar bahawa serangan Hamas bukan berlaku tanpa sebab. Rakyat Palestin telah dijajah selama 56 tahun,” kata Guterres.

Guterres semasa pertemuannya bersama dengan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela di Cardiff, United Kingdom.

DESAK GENCATAN SENJATA

Selain itu, beliau sekali lagi mendesak gencatan senjata dilakukan serta menyifatkan wujudnya pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Gaza.

Kenyataan itu membuatkan Israel marah hinggakan Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, mendesak supaya badan dunia itu menggugurkan jawatan Guterres.

Terbaharu pada Oktober 2024, Guterres sekali lagi membangkitkan kemarahan Israel apabila menyifatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah tidak berperikemanusian dan mendesak supaya perang dihentikan.

Malah Israel mengisytiharkan Guterres sebagai persona non grata iaitu sebagai 'tidak diingini' di PBB.

Bagaimanapun pengisytiharaan Israel itu mendapat tentangan dunia apabila gabungan 104 negara anggota PBB bersama Kesatuan Afrika pada Jumaat mengecam keputusan Israel itu. - Agensi