Hukum tegur kesalahan orang dengan cara menyindir

Iklan
MENASIHATKAN seseorang dengan cara menyindir adalah kurang baik kerana dikhuatiri nasihat yang ingin disampaikan disalah faham.

SEGELINTIR orang gemar menggunakan kaedah sindiran untuk menegur kesalahan orang lain.

Benar, niatnya baik untuk menegur kesalahan orang di sekeliling terutama kenalan rapat dalam usaha menyedarkan mereka.

Iklan
Iklan

Namun, apakah boleh menegur orang dengan cara menyindir?

Adakah ia dikira berdosa dalam Islam jika kita berbuat demikian?

Iklan

Dalam hal ini, perlu difahami bahawa Islam adalah agama nasihat-menasihati berdasarkan hadis sahih al-Bukhari Nabi Muhammad SAW bersabda:"Agama itu adalah nasihat.”

Imam Ibnu Athir menyatakan, ia adalah nasihat bagi umat Islam iaitu memberikan tunjuk ajar untuk kebaikan mereka.

Iklan

Namun, memberi nasihat dengan cara menyindir adalah kurang baik dilakukan.

Ini kerana maksud sebenar teguran atau nasihat yang ingin disampaikan boleh disalah faham sekali gus menjadikan suatu perkara bertambah rumit.

Oleh itu, gunakanlah ayat-ayat yang mudah difahami di samping terus memberikan nasihat dan teguran.

Seseorang itu juga janganlah berputus asa dalam menegur atau menasihati orang lain agar memperoleh kebaikan bersama.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.