Masalah trafik di JB perlu diselesai segera
Iklan
KEPESATAN pembangunan di bandar raya Johor Bahru telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas akibat peningkatan kenderaan dan pertambahan populasi khususnya di kawasan bandar raya.
Bagi memastikan masalah itu tidak berlanjutan, pembinaan sistem pengangkutan lebih efisien diberi perhatian oleh kerajaan negeri dengan beberapa pelan jangka pendek dan jangka panjang dirangka.