Kukuhkan ekonomi, kos sara hidup rakyat, baru laksanakan GST

Iklan
Gambar hiasan

PELAKSANAAN Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya akan dipertimbangkan pelaksanaannya selepas gaji minimum dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM3,000.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Iklan
Iklan

Kenaikan gaji itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan rakyat mampu menampung kos sara hidup yang mungkin meningkat disebabkan GST itu.

Meskipun, sistem cukai berkenaan dianggap lebih telus dan cekap, namun ia perlu dipantau daripada setiap peringkat pengeluaran dan perkhidmatan supaya mengurangkan ketirisan serta pengelakan bayaran.

Iklan

Tindakan Anwar itu berkemungkinan bertujuan melindungi rakyat daripada kenaikan kos sara hidup sambil membolehkan kerajaan menjana hasil yang lebih stabil untuk pembangunan negara.

Pendekatan tersebut wajar dirancang terlebih dahulu agar kerajaan yakin GST itu boleh memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Iklan

Langkah menaikkan gaji minimum juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup dan memastikan rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang semakin meningkat.