Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang

Iklan
Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir. Foto Facebook Hasan Omar

KUANTAN - Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka manakala keadaan banjir di Johor, Perak dan Kedah tidak banyak berubah.

Di PAHANG, menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, tiga PPS dibuka di Temerloh yang menempatkan 79 mangsa banjir daripada 21 keluarga dengan 36 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, manakala 30 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Mempateh dan 3 keluarga daripada 13 mangsa ditempatkan di Dewan SMK Sri Semantan.

Iklan
Iklan

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir mencatatkan setakat 6.11 pagi dengan 201 orang daripada 63 keluarga dipindahkan ke empat PPS. Tiga daerah terjejas akibat bencana berkenaan dengan Kluang merekodkan 101 mangsa daripada 41 keluarga, Kulai (83 orang, 19 keluarga) dan Batu Pahat (17 orang, tiga keluarga).

Di PERAK, jumlah mangsa bertambah kepada 625 mangsa daripada 188 keluarga petang tadi dengan tiga daerah terjejas iaitu Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.

Iklan

Sebanyak 10 PPS dibuka setakat jam 4.22 pagi melibatkan Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai, Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Sekolah Kebangsaan Lasah, Sekolah Kebangsaan RLKT Lasah Felda, Dewan Pandak Hamid OAOSC Bawong, Sekolah Kebangsaan Kerunai, Sekolah Kebangsaan Plang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah 2, Dewan Orang Ramai Kampung Padang Jeri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering.

Sementara itu, di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2485 daripada 798 keluarga setakat jam 4.40 pagi ini berbanding 2,312 orang daripada 749 keluarga jam 8 malam semalam. - Awani

Iklan