Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu

Iklan
Lembu yang ditinggalkan oleh penyeludup di sempadan Malaysia.

TANAH MERAH - Dua penyeludup bertindak melarikan diri ke sempadan Thailand selepas menyedari sepasukan anggota tentera mengesan lokasi mereka membawa masuk lembu secara haram ke sempadan Malaysia.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut, ketika kejadian kira-kira jam 1.15 pagi Ahad, pasukan operasi mengesan dua lelaki sedang membawa masuk lembu melalui laluan haram ke sempadan Malaysia dari sempadan Thailand dengan merentasi Sungai Golok.

"Anggota tentera yang sedang mengawasi penyeludup di lokasi itu kemudian bertindak menyerbu dua lelaki berkenaan.

Iklan

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka terus meninggalkan haiwan yang diseludup dan dilihat melarikan diri ke sempadan Thailand," kata kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu turut memberitahu, satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan telah dibuat di Balai Polis Nibong, Tanah Merah.

Iklan

"Haiwan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang manakala kes penyeludupan akan disiasat oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah.

"TDM akan terus berusaha dan menjamin keselamatan sempadan negara serta tiada kompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya.