[VIDEO] Wanita paling lama di angkasa selamat tiba di bumi

Iklan
Koch gembira dan menunjukkan tanda bagus selepas dibawa keluar dari model terbaru Soyuz. - Foto Twitter NASA

KAZAKHSTAN -"Saya penuh dengan rasa syukur kembali ke planet ini!" Demikian kata-kata Angkasawan Wanita Amerika Syarikat (AS), Christina Koch apabila selamat mendarat di Kazakhstan pada jam 3.12 petang waktu tempatan bersama dua rakannya, Luca Parmitano dari Agensi Angkasa Eropah dan Alexander Skvortsov dari Rusia semalam.

Koch adalah wanita pertama berada paling lama di ruang angkasa selepas 11 bulan menghuni Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Iklan
Iklan

Menerusi Twitter peribadinya, beliau melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi malah memberi peluang buat dirinya berada di angkasa.

Beliau turut berkongsi foto gembira apabila tersenyum lebar dan menunjukkan tanda 'thumbs up' selepas dibawa keluar dari model terbaru Soyuz.

Iklan

Memetik AP, kakitangan NASA itu berada di ruang angkasa selama 328 hari, sekali gus memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat kesan kepada wanita yang berada lama di angkasa lepas.

Berbeza dengan Koch, Parmitano dan Skvortsov pula menamatkan misi selama 201 hari berada di ISS.

Iklan

Difahamkan, Koch, 41, akan dibawa ke ibu pejabat NASA di Houston melalui Karaganda dan Cologne, Jerman untuk pemeriksaan perubatan.

Sebelum ini, rekod angkasawan wanita paling lama berada di ruang angkasa adalah selama 289 hari yang dipegang angkasawan veteran, Peggy Whitson.