AS hantar sistem antipeluru berpandu, tentera ke Israel

Iklan
AS mengumumkan akan menghantar tentera ke Israel bersama sistem antipeluru berpandu canggih, bertujuan memperkukuhkan pertahanan udara Israel selepas serangan peluru berpandu Iran. Foto hiasan AFP

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menghantar tentera ke Israel bersama sistem antipeluru berpandu canggih, bertujuan memperkukuhkan pertahanan udara Israel selepas serangan peluru berpandu Iran.

Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel, yang mempertimbangkan tindakan balas terhadap Iran selepas Tehran melancarkan lebih daripada 180 peluru berpandu ke Israel pada 1 Oktober.

Iklan
Iklan

AS secara tertutup menggesa Israel menyelaraskan tindak balas mereka untuk mengelakkan perang lebih besar di Asia Barat. Biden turut menyatakan kebimbangan terhadap serangan Israel ke atas tapak nuklear dan infrastruktur tenaga Iran.

Jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Patrick Ryder, berkata penempatan ini adalah sebahagian daripada penyesuaian lebih luas tentera AS untuk menyokong Israel dan melindungi anggotanya daripada ancaman Iran serta kumpulan yang disokong Iran.

Iklan

Penempatan tentera AS di Israel jarang berlaku selain untuk latihan bersama, memandangkan Israel mempunyai keupayaan tentera yang kuat.

Bagaimanapun, tentera AS baru-baru ini telah membantu pertahanan Israel dari luar negara melalui kapal perang dan jet pejuang.

Iklan

Sistem Terminal High Altitude Area Fefense (THAAD) merupakan elemen penting dalam sistem pertahanan udara berlapis AS dan melengkapi keupayaan pertahanan anti-peluru berpandu Israel yang sudah mantap.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi memberi amaran bahawa AS mempertaruhkan nyawa tenteranya dengan menempatkan mereka untuk mengendalikan sistem peluru berpandu di Israel.

Araqchi juga menegaskan Iran akan mempertahankan kepentingannya tanpa sebarang garis merah. - Awani