Penyata kewangan lima negeri diberi pendapat tanpa teguran - Ketua Audit Negara

Iklan
Wan Suraya. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lima negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Kerajaan dan Agensi Negeri yang dibentangkan di Parlimen, hari ini berkata, lima negeri berkenaan adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah daripada keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang telah dikemukakan.

"Lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu pula menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) dengan Perenggan Hal-hal Lain (Other Matters),” katanya.

Iklan
Iklan

Ketua Audit Negara telah mengemukakan 260 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan negeri. - Bernama