Buruh binaan rayu bantuan RM60,000 untuk pembedahan strok

Iklan
Mohamad Zakri (kiri) memerlukan bantuan orang ramai sebanyak RM60,000 bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak dengan segera.

BUKIT MERTAJAM - Buruh binaan, Mohamad Zakri Hashim, 59, yang diserang strok baru-baru ini memerlukan bantuan orang ramai sebanyak RM60,000 bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak dengan segera.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, duda dua anak itu diserang strok semasa bekerja apabila secara tiba-tiba berasa pening dan keletihan.

Iklan
Iklan

"Keluarga kemudian membawanya ke hospital sebelum ujian mendapati Mohamad Zakri mengalami strok ringan dan diberi ubat serotonin.

Sui Hau berkata, keluarga Mohamad Zamri tidak mampu membiayai kos rawatan trombektomi mekanikal tersebut dan telah tampil ke badan amal itu bagi mendapatkan bantuan dana sebanyak RM60,000.

Pegawai One Hope Charity & Welfare ketika melawat Mohamad Zamri di hospital baru-baru ini.

Iklan

"Sebelum ini, dia bekerja pemandu lori sebelum menjadi buruh dengan gaji harian RM70 dan kadang-kadang bekerja sebagai pengawal keselamatan gantian bagi meringankan beban menantu yang bekerja polis bantuan yang mempunyai tiga anak.

"Isterinya meninggal dunia empat tahun lepas akibat kanser payudara, manakala dua anak perempuan berusia 27 dan 33 tahun telah berkahwin dan menjadi suri rumah,” katanya lagi.

Iklan

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada Mohamad Zakri, boleh menyalurkan bantuan, sila layari www.onehopecharity.org atau menerusi akaun Public Bank Berhad (3193433435) atas nama One Hope Charity & Welfare.