Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada situasi banjir, patuhi arahan

Iklan
Ahmad Zahid turut berkongsi infografik banjir di Facebook beliau pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Iklan
Iklan

"Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi, Pahang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir.

Iklan

Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara, katanya boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan. - Bernama

Iklan