Polis tembak mati penjenayah di Tanjung Malim

Iklan
Datuk Azizi Mat Aris

IPOH - Seorang penjenayah ditembak mati dalam kejadian di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim awal pagi Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan berlakunya kejadian itu dan pihaknya sedang mendapatkan butiran lanjut.

Iklan
Iklan

"Saya sahkan kes tersebut yang mana menerima laporan tembak dan satu penjenayah telah pun mati oleh pasukan polis daripada Bukit Aman.

"Kes baru berlaku pagi tadi, saya akan lihat sama ada kenyataan akhbar berkaitan kes ini akan dikeluarkan oleh polis Perak atau Bukit Aman," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

Iklan
Iklan