Banjir: Lima PPS dibuka di Melaka

Iklan
Anggota pasukan keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Jasin di sini, pada Isnin.

JASIN - Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini selepas 77 buah rumah dinaiki air susulan hujan lebat sejak awal pagi Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, setakat jam 12 tengah, seramai 275 mangsa telah dipindahkan ke PPS dan paling tinggi ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara PPS yang dibuka termasuk SMK Dato Abdul Rahman Ya'kob, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong dan SK Merlimau.

"Setakat ini mangsa yang paling ramai dipindahkan di PPS SMK Dang Anum membabitkan seramai 216 mangsa dari 55 buah keluarga.

Iklan

"Manakala jumlah mangsa terjejas yang dipindahkan ke PPS SMK Dato Abdul Rahman Ya'kob serta SK Merlimau sedang dikemas kini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Tambahnya, laporan yang diterima juga merekodkan seramai 30 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Serkam Darat selain 29 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke SK Tedong.

Iklan

Ujarnya, antara kawasan yang terjejas teruk termasuk di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan Lubok Buaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.

"Kita juga akan meneruskan pemantauan di daerah-daerah lain yang turut dinaiki air," katanya.