Kawasan Masjid India selamat untuk semua aktiviti - Zaliha

Iklan
Dr Zaliha

KUALA LUMPUR - Kawasan Jalan Masjid India disahkan selamat untuk semua bentuk aktiviti selepas mengambil kira pandangan kepakaran secara kolektif pelbagai agensi serta pertubuhan profesional seperti Institusi Jurutera dan Pertubuhan Geoteknikal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa tindakan segera jangka pendek juga telah dilaksanakan antaranya Audit Integriti Aset Utiliti oleh syarikat utiliti di kawasan 'Central Business District', termasuk Jalan Masjid India.

Iklan
Iklan

"Pemetaan dan ujian integriti bawah tanah dibuat bagi mengesan kelemahan pada aset lama serta penggunaan teknologi seperti kaedah 'Ground Penetrating Radar' (GPR) dan 'Mackintosh Probe' digunakan untuk menyiasat struktur tanah.

"Ujian geofizik seperti 'Micro Gravity' dan 'Ground Settlement Monitoring' turut digunakan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah atau lohong bawah tanah," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu), Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkaitan insiden lubang benam di Jalan Masjid India.

Dalam kejadian pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India, Vijayakumar, 48, dilapor tertimbus selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam lapan meter berhampiran Masjid India.

Iklan

Sementara itu Zaliha menjelaskan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penyiasatan tanah secara mendalam melibatkan penggunaan teknik 'Deep Boring' serta ujian makmal bagi memastikan struktur tanah stabil sebagai tindakan jangka panjang,

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, laporan geoteknikal di kawasan dikenal pasti berisiko akan disediakan oleh jurutera bertauliah.

"Mengenai komunikasi awam, DBKL akan terus menggunakan platform media sosial untuk memberi makluman dan keyakinan kepada masyarakat mengenai tahap keselamatan di kawasan Jalan Masjid India," ujarnya.