Undang-undang lapuk perlu dilihat semula - Azam Baki

Iklan
Azam ketika berucap pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di SICC Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki turut berpandangan bahawa undang-undang lapuk yang digubal perlu dilihat semula oleh agensi yang berkaitan.

Katanya, beliau mengatakan demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung terdapat lebih 3,000 undang-undang di negara ini sudah lapuk.

Iklan
Iklan

"Jadi undang-undang ini perlu dilihat oleh agensi yang berkaitan sebagai pemilik undang-undang tersebut.

"Saya pernah menyebut contoh sahajalah, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1956 ini sebelum merdeka lagi. Jadi ada beberapa peruntukan yang mungkin perlu dilihat.

Iklan

"Contohnya, satu kesalahan di bawah Seksyen 9, di mana tidak boleh diadakan jamuan semasa kempen pilihan raya. Pada pendapat peribadi saya, ini satu peruntukan yang tidak praktikal lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini pada Isnin.

Iklan

Sehubungan itu, ulas beliau berkata, ia terpulang kepada agensi itu sendiri untuk menentukan jika undang-undang tersebut perlu dilihat semula.

"Terpulang kepada seorang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya mereka memerlukan, mereka mungkin perlu digubal undang-undang ini semua, ini sebagai contohlah.

"Banyak undang-undang lain lagi, jadi baru-baru ini seperti yang pernah kita umumkan tentang undang-undang Akta Pemegang Amanah yang baru-baru ini diumumkan dan sebagainya, ini salah satu contoh. Tetapi tidaklah boleh buat dengan segera.

"Jadi undang-undang yang penting-penting sahaja yang dilihat sekarang," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program yang dihadirinya itu, beliau memuji usaha kerajaan Sabah yang menganjurkannya dan mencadangkan supaya peserta didatangkan dari negara luar pada masa akan datang.

"Tadi saya berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di mana mungkin akan datang, kita boleh menjemput peserta-peserta daripada luar negara pula, selain dari dalam negara.

"Jadi untuk yang akan datang belum ditetapkan lagi sama ada setahun atau dua tahun lagi akan diadakan tetapi mungkin akan lebih meriah di mana pesertanya dijemput dari luar negara," katanya.