Petugas Astro Awani maut motosikal terbabas jalan licin

Iklan
Anggota polis mengawal keadaan semasa kejadian kemalangan membabitkan petugas Astro Awani, Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar (Gambar kecil) di Kilometer 8.5, Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) pada Isnin. Foto PDRM.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal di Kilometer 8.5, Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) sekitar jam 7.09 pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan pertama jam 7.46 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai telah terbabas sendiri akibat jalan licin dalam cuaca yang hujan lebat.

"Akibat kemalangan, mangsa terjatuh atas jalan dan terkena pada tiang penghadang besi.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan petugas Astro Awani, Ahmad Hafiz Azhar Nordin meninggal dunia pada awal pagi ini akibat kemalangan jalan raya.

Iklan

Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar atau lebih mesra dikenali sebagai Randy dalam kalangan rakan sekerja sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

Jenazah Allahyarham Randy yang merupakan Editor Video di stesen berita tersebut telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) bagi tujuan bedah siasat.

Jenazah telah dimandi dan dikafankan di HUKM, sebelum dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Alor Gajah, Melaka untuk dikebumikan.