Tiga beranak maut dihempap pokok kelapa sawit

Iklan
Tiga beranak maut dihempap pokok tumbang di Jalan Batu Putih, Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT - [DIKEMASKINI] Seorang wanita bersama dua anaknya maut selepas motosikal ditunggangi mereka dihempap pokok kelapa sawit di Lorong Haji Ayub, Jalan Batu Puteh, Batu Pahat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Nor Azhana Othman, 49, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave bersama dua anaknya yang membonceng kenderaan itu, Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17, dan Muhamad Arif Hasanuddin, 12, maut di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.47 pagi.

Katanya, 19 anggota dari BBP Batu Pahat dan BBP Penggaram bersama dua jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Iklan

"Mereka dipercayai dari Kampung Parit Siba di sini.

"Ketiga-tiga mereka dihempap pokok kelapa sawit sepanjang 2.5 meter," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, bomba mengambil mangsa lebih kurang sejam untuk mengeluarkan mangsa dan membersihkan sisa pokok tersebut.

"Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada orang awam jam 8.05 pagi.

"Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Dipercayai ketiga-ketiga mangsa dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang ketika sedang menunggang motosikal.

"Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk dibedah siasat," katanya.