ERA lancar inisiatif bantu golongan memerlukan

Iklan
Geng Tiga Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin berbesar hati membelanja Arman (dua dari kanan) dan keluarganya sepasang kasut baharu.

STESEN radio ERA FM melancarkan inisiatif terbaru yang dinamakan Bantu ONE 3PE sebagai usaha untuk membantu golongan memerlukan menghadapi kesulitan hidup.

Menerusi inisiatif ini, ERA memberikan bantuan tunai berjumlah RM400 kepada pendengar yang terpilih dengan hanya membuat panggilan ke konti radio ERA dan berkongsi kisah kesusahan mereka bersama penyampai 3 Pagi ERA, Nabil, Azad, dan Radin.

Iklan
Iklan

Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin menjelaskan bahawa idea untuk melancarkan Bantu ONE 3PE ini tercetus selepas pihak ERA menerima banyak permintaan bantuan melalui mesej langsung (DM) di media sosial rasmi ERA.

Ujarnya, menyedari keperluan ini, pihak pengurusan tertinggi ERA telah bersetuju untuk melaksanakan segmen ini sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial untuk meringankan beban pendengar yang mengalami kesusahan.

Iklan

"Kami di ERA tidak hanya fokus kepada hiburan semata-mata, tetapi kami juga ingin memainkan peranan dalam membantu pendengar kami yang menghadapi kesulitan.

"Bantuan tunai RM400 yang diberikan diharap dapat membantu mereka membeli barangan keperluan harian atau menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” ujar Azah Sahrin.

Adik Arman dan keluarganya turut dijemput sebagai tetamu di segmen 3 Pagi Era, pada Isnin.

Iklan

Setakat ini dua bantuan di bawah inisiatif itu sudah bermula dengan adik Arman yang dikecam di media sosial selepas ibunya membelikannya sepasang kasut larian tiruan.

Dek kerana kecaman itu, Bantu ONE 3PE berbesar hati membantu membelinya sepasang kasut tulen untuk adik berkenaan.

Diikuti kes kedua melibatkan adik Arisa menghidap kanser mata tahap empat sehingga menyebabkan kedua-dua matanya tidak dapat melihat seperti biasa.

Inisiatif Bantu ONE 3PE yang berlangsung dari 7 hingga 18 Oktober ini telah menerima sambutan hangat daripada pendengar ERA di seluruh negara, dengan ramai yang memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.