Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE

Iklan
Kerajaan mungkin memperkenalkan atau melaksanakan cukai gula, cukai barang bernilai tinggi (HVGT) dan cukai Peraturan Anti-Hakisan Global (GloBE) - Gambar hiasan 123RF

KERAJAAN dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini memandangkan asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.

Belanjawan 2025 menandakan belanjawan terakhir untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

Iklan
Iklan

Penasihat Ekonomi KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Anthony Dass berkata, kerajaan dijangka meneroka langkah untuk meluaskan asas cukai.

"Bagi 2025, kami yakin kerajaan mungkin memperkenalkan atau melaksanakan cukai gula, cukai barang bernilai tinggi (HVGT) dan cukai Peraturan Anti-Hakisan Global (GloBE),” katanya menerusi nota hari ini.

Iklan

Dass berkata, turut dijangkakan adalah peningkatan cukai gula berikutan cadangan Kementerian Kesihatan untuk menaikkan cukai ke atas minuman bergula kepada 20 peratus daripada harga runcit sebagai sebahagian daripada kempen Perangi Gula.

Dass menekankan bahawa GST dijangka tidak diketengahkan dalam Belanjawan 2025 walaupun spekulasi yang meningkat dalam kalangan peserta pasaran mengenai potensi untuk ia diperkenalkan semula.

Iklan

"Kami menjangka kerajaan sebaliknya akan memperluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk meningkatkan hasil. SST meliputi 41 peratus barangan dan perkhidmatan manakala GST sebelum ini meliputi 76 peratus," katanya.

Selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, kerajaan dijangka terus merasionalisasikan perbelanjaan mengurus (OPEX).

Belanjawan 2025 bersedia untuk menggabungkan konsolidasi OPEX terutama dalam perbelanjaan subsidi.

"Bagaimanapun, kuantum konsolidasi akan kekal sederhana," katanya.

Beliau berkata belanjawan itu dijangka memberi tumpuan kepada peningkatan kepentingan ekonomi digital dengan memperluas akses jalur lebar, mempromosikan inovasi digital dan membangunkan bandar pintar.

Turut dijangkakan adalah penekanan terhadap pelaburan bagi peningkatan infrastruktur, tebatan banjir, tenaga boleh baharu dan pemodenan grid tenaga. - Bernama