Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bincang ajaran dalam GISBH esok

Iklan
Mohamad (tiga dari kanan) pada sidang akhbar mengenai Majlis Penyerahan Skim Khas Suntikan Modal Perniagaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024.

SEBERANG JAYA - Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang akan bersidang bermula esok bagi membuat keputusan mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, jawatankuasa fatwa negeri akan bersidang selama dua hari untuk memutuskan perkara itu sebelum membawanya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, sementara menunggu keputusan dibuat, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menjalankan program pemulihan akidah dan pendidikan bagi kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal kumpulan GISBH.

Menurutnya, program pemulihan akidah akan diadakan di Kompleks Darul Hidayah di Permatang Tok Gelam di Tasek Gelugor manakala program pendidikan pula sudah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di suatu tempat di Nibong Tebal.

Iklan

"Untuk program pemulihan akidah kita menyediakan guru-guru takmir di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk membantu golongan terbabit.

"Berkaitan dengan pendidikan pula, seramai 200 orang kanak-kanak telah mengikuti sesi pembelajaran bermula 1 Oktober lalu dan diberikan bimbingan psikologi serta pemulihan semangat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Skim Khas Suntikan Modal Perniagaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024 di sini, pada Isnin.

Iklan

Setakat ini, empat negeri iaitu Perlis, Selangor, Pahang dan Melaka telah mengisytiharkan GISBH sebagai sesat kerana mempunyai unsur ajaran sesat khususnya batiniah.