Hospital di AS bergelut dengan kekurangan bekalan perubatan akibat taufan

Iklan
Lebih 86 peratus penyedia perkhidmatan kesihatan di AS mengalami kekurangan bekalan cecair IV. - Gambar hiasan 123RF

SACRAMENTO - Penyedia perkhidmatan kesihatan di Amerika Syarikat kini mengalami kekurangan bekalan perubatan selepas Taufan Helene dan Milton mengganggu rantaian bekalan cecair intravena (IV), lapor Xinhua.

Mass General Brigham, organisasi penyelidikan hospital terbesar di AS mengumumkan pada Jumaat bahawa mereka akan menangguhkan prosedur elektif yang tidak mendesak dari Ahad sehingga Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut tinjauan yang dikeluarkan oleh Premier Inc., sebuah syarikat logistik penjagaan kesihatan, lebih 86 peratus penyedia perkhidmatan kesihatan di AS mengalami kekurangan bekalan cecair IV.

Masalah ini bermula apabila Taufan Helene merosakkan kilang IV Baxter di North Carolina pada akhir bulan lalu, menyebabkan 60 peratus bekalan cecair IV di AS terjejas.

Iklan

Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS Xavier Becerra menerusi surat bertarikh 9 Oktober kepada pemimpin kesihatan, menyatakan bahawa kekurangan bekalan ini mungkin akan berlanjutan dalam beberapa minggu akan datang, dan Taufan Milton berpotensi mengganggu situasi yang sudah kritikal.

FDA dan Baxter kini sedang mencari alternatif bagi produk IV, dialisis, dan pemakanan serta mempercepatkan proses kelulusan bagi permohonan untuk melanjutkan tarikh luput produk-produk ini.

Iklan

Persatuan Hospital Amerika menggesa pentadbiran Biden untuk mengambil tindakan yang lebih agresif, termasuk mengaktifkan Akta Pengeluaran Pertahanan bagi mengutamakan pembuatan cecair IV dan mengurangkan halangan bagi mengimport produk dari pembekal luar negara.