NEW DELHI - Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin dengan sebuah pesawat yang menuju ke New York dilencongkan ke New Delhi sebagai langkah keselamatan.
Penerbangan Air India AI119 menerima"amaran keselamatan khusus," menyebabkan ia dilencongkan ke Delhi dan semua penumpang diminta meninggalkan pesawat Boeing 777, menurut laporan media tempatan memetik kenyataan jurucakap syarikat penerbangan itu.