Amaran ribut petir di lapan negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri sehingga jam 6 petang ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan hingga jam 6 petang ini.

Negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dijangka dilanda cuaca buruk itu petang ini.

"Di negeri Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan hanya daerah Jeli dan Kuala Krai.

Iklan

"Bagi negeri Terengganu, dua daerah dijangka hujan iaitu, Dungun dan Kemaman sementara Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

"Di Selangor pula, daerah yang terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan

"Selain tiga daerah di Negeri Sembilan adalah daerah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.

"Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat," maklum MetMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak MetMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.