Pembantu kedai makan ditahan disyaki rogol cucu tiri

Iklan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun, Mei lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Azizi)

IPOH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun, Mei lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan diberkas di rumahnya selepas polis menerima laporan kejadian itu pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Laporan diterima pada jam 7.56 malam daripada seorang wanita yang melaporkan anak saudara perempuannya disyaki dirogol suspek dalam sebuah kereta di Klebang di sini pada 25 Mei lalu.

"Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat terhadap suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes curi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

Iklan

Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini untuk disiasat mengikut Sesyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Azizi berkata, tindakan lanjut terhadap pegawai berpangkat Inspektor yang dipercayai bersekedudukan dengan seorang wanita di Cheras, Rabu lalu akan diambil sebaik selesai siasatan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Iklan

"Kita tunggu siasatan jenayah di bawah Kontinjen Selangor dan kedua tindakan tatatertib. Lazimnya tindakan gantung kerja dilakukan selepas dituduh di mahkamah tetapi kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Media melaporkan pegawai yang berkhidmat di Perak itu ditahan JIPS Bukit Aman ketika bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pegawai berkenaan ditahan sekitar jam 1.40 pagi bersama wanita yang tiada ikatan sah di kediaman terbabit.