Rugi lebih RM3.4 juta akibat penipuan pelaburan saham

Iklan
Siasatan mendapati mangsa diperdaya dengan satu penipuan pelaburan saham dalam talian. Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Diminta menandatangani kontrak perjanjian selain mendakwa pelaburan melibatkan sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura antara taktik digunakan sindiket penipuan mengakibatkan seorang individu kerugian lebih RM3.4 juta baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa terlibat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa diperdaya dengan satu penipuan pelaburan saham dalam talian.

"Modus operandi digunakan untuk memperdaya mangsa dalam urusan ini menggunakan satu akaun pelaburan saham.

Iklan

"Mangsa kemudiannya diminta menandatangani perjanjian kontrak atas nama sebuah syarikat yang didakwa beroperasi di Singapura," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Hussein

Iklan

Katanya, semakan dijalankan mendapati kontrak perjanjian berkenaan adalah palsu.

"Satu kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan sebarang skim tawaran pelaburan dan sentiasa melakukan semakan berkaitan tawaran pelaburan berkenaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.