Kebakaran kilang: Mangsa terakhir meninggal dunia

Iklan
Kebakaran kilang berkenaan pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI - Mangsa terakhir insiden kebakaran empat kilang di kawasan perindustrian SILC Gelang Patah pada Khamis minggu lalu meninggal dunia pada jam 12.50 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, warga Bangladeh yang berusia berusia 20-an itu meninggal dunia akibat kesan melecur yang teruk di badan akibat kebakaran kilang tersebut.

Iklan
Iklan

"Mangsa bersama-sama dua rakan sekerjanya yang juga warga Bangladesh dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru setelah melecur teruk akibat kebakaran empat kilang itu.

"Bagaimanapun, mangsa yang dimasukkan ke Zon Merah wad kecemasan HSA sejak Khamis lalu disahkan meninggal dunia malam tadi (Ahad), akibat kecederaan yang dialami," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Keadaan tiga daripada empat kilang setelah kebakaran tersebut

Untuk rekod, pada Khamis minggu lalu, empat kilang di kawasan Perindustrian SILC Gelang Patah di sini, dilaporkan terbakar hingga menyebabkan tiga lelaki pekerja kilang terbabit melecur 30 peratus.

Iklan

Salah seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan susulan pada Jumaat lalu manakala seorang lagi mengikut jejaknya sehari kemudian.

Kematian mangsa terakhir tengah malam tadi menyaksikan tidak ada mangsa yang dapat diselamatkan dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor masih menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar kebakaran empat kilang terbabit