4 modul pemulihan dalam Program Rehabilitasi - Jakim

Iklan
Sirajuddin

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat modul pemulihan akan diserapkan dalam Program Rehabilitasi Secara Sukarela kepada Ahli GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, modul itu antaranya pemulihan akidah, latihan kemahiran, kenegaraan dan pendidikan serta kaunseling.

Iklan
Iklan

"Setiap modul itu akan dipantau oleh agensi berkaitan berdasarkan bidang masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Isnin.

Sirajuddin berkata, penilaian pula dibuat oleh pasukan yang dibentuk yang terdiri daripada pegawai dari peringkat Persekutuan dan negeri untuk melaksanakan program pemulihan terhadap ahli-ahli GISBH.

Iklan

"Kita akan melihat penerimaan mereka (ahli GISBH) terhadap pemulihan yang dilaksanakan dalam tempoh 90 hari.

"Namun, setiap insan ada perbezaan tahap diri masing-masing, kita ada proses lanjut jika mereka memerlukan bimbingan secara lebih terperinci," ujarnya.

Iklan