BEIRUT - Angka kematian akibat serangan tentera udara Israel ke atas sebuah rumah di penempatan Aitou di daerah Zgharta di utara Lubnan meningkat kepada 18 orang dan empat orang cedera, menurut Palang Merah Lubnan pada Isnin, lapor Sputnik.
Terdahulu, pusat situasi kecemasan di Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa pesawat tentera udara Israel buat pertama kalinya menyerang kawasan Zgharta di utara Lubnan, yang majoriti penduduknya beragama Kristian.
"Lapan belas maut, empat cedera akibat serangan udara di Aitou," menurut kenyataan itu. - Bernama