Iran hentikan komunikasi tidak langsung dengan AS

Iklan
Penduduk meninjau runtuhan bangunan di tapak serangan Israel ke atas kejiranan Basta di Beirut. Foto AFP

SHAH ALAM - Iran menghentikan komunikasi tidak langsung dengan Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Al Jazeera.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi yang kini dalam lawatan ke Muscat, telah mengumumkan perkara itu menerusi media Iran bahawa komunikasi tidak langsung antara Iran dan AS melalui Oman telah dihentikan kerana situasi di rantau itu.

Iklan
Iklan

Diplomat itu juga berkata, keadaan semasa tidak sesuai untuk komunikasi sedemikian sebelum krisis serantau diselesaikan sepenuhnya.

Sebelum itu, AS mengumumkan akan menghantar tentera ke Israel bersama sistem antipeluru berpandu canggih, bertujuan memperkukuhkan pertahanan udara Israel selepas serangan peluru berpandu Iran.

Iklan

Presiden Joe Biden menjelaskan langkah tersebut diambil untuk mempertahankan Israel, yang mempertimbangkan tindakan balas terhadap Iran selepas Teheran melancarkan lebih daripada 180 peluru berpandu ke Israel pada 1 Oktober.

AS secara tertutup menggesa Israel menyelaraskan tindak balas mereka untuk mengelakkan perang lebih besar di Asia Barat.

Iklan

Biden turut menyatakan kebimbangan terhadap serangan Israel ke atas tapak nuklear dan infrastruktur tenaga Iran.

Susulan itu, Araqchi memberi amaran bahawa AS mempertaruhkan nyawa tenteranya dengan menempatkan mereka untuk mengendalikan sistem peluru berpandu di Israel dan turut menegaskan Iran akan mempertahankan kepentingannya tanpa sebarang garis merah.