Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000

Iklan
Gambar hiasan

BALIK PULAU - Polis menahan enam individu termasuk seorang lelaki warga emas kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM309,409 dalam kejadian berasingan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, tiga lelaki dan tiga wanita yang berusia 27 hingga 67 tahun itu ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar negeri ini dalam operasi yang dijalankan sejak semalam hingga hari ini.

Iklan
Iklan

"Dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket urusan pelaburan melalui aplikasi Facebook membabitkan kes di Bayan Baru.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza termasuk milik lelaki yang ditahan itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM123,899," katanya ketika dihubungi malam ini.

Iklan

Tangkapan kedua pula melibatkan seorang wanita berusia 30 tahun kerana memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan saham yang tidak wujud secara dalam talian di Bayan Lepas.

Kamarul Rizal berkata, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza termasuk milik wanita itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM82,000.

Iklan

Kes ketiga pula polis menahan seorang lelaki berumur 58 tahun terbabit sindikit dalam urusan pelaburan saham yang tidak wujud secara dalam talian di Bayan Baru.

"Mangsa yang ditawarkan pulangan pelaburan berlipat ganda telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank milik suspek dengan jumlah keseluruhan RM60,000 namun tidak menerima sebarang keuntungan," katanya.

Beliau berkata, tiga lagi yang ditahan menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian antara RM2,780 hingga RM30,710.

Kesemua yang ditahan ditahan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.