MARANG - Semakin banyak pihak seluruh negara tampil bagi menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy.
Terbaharu, laporan polis dibuat Wanita Umno Bahagian Marang di Balai Polis Bukit Payong di sini, hari ini, susulan rakaman video kenyataan pemimpin berkenaan yang disifatkan keterlaluan.
Ketuanya, Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, laporan polis itu juga bagi mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengambil tindakan tegas terhadap Waytha Moorthy.
"Desakan ini berikutan isu Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menimbulkan polemik dan juga kontroversi di negara ini.
"Isu ICERD yang dicetuskan pemimpin itu bukan sahaja memburukkan nama Malaysia di luar negara malah kesannya turut mengundang perpecahan antara kaum di negara ini,” katanya.
Menurutnya, Wanita bahagian itu tidak bersetuju seorang menteri boleh membuat kenyataan masyarakat India di Malaysia didiskriminasikan kerajaan BN.
"Kenyataan dibuat di luar negara itu memburukkan imej Malaysia dan kami mahu kerajaan melucutkan jawatannya,” katanya selepas membuat laporan polis berkenaan yang turut disertai kira-kira 100 ahli pergerakan tersebut, hari ini.