'Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk'

Iklan
Polis Jawa Timur yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan bahawa wanita terbabit kini sudah ditahan oleh pihaknya. - Agensi

JAKARTA - Seorang pembantu rumah di Surabaya bertindak diluar batasan apabila memberi anak majikannya berusia dua tahun, steroid dengan alasan supaya kanak-kanak itu kekal gemuk.

Menurut pembantu yang tidak didedahkan nama itu menjelaskan bahawa, dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.

Iklan
Iklan

"Saya memberinya steroid jika dia tidak mahu makan terutamanya pada waktu makan tengah hari, hanya sekali dalam sehari," katanya seperti dilaporkan media tempatan pada Isnin.

Dalam pada itu, Polis Jawa Timur yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan bahawa wanita terbabit kini sudah ditahan oleh pihaknya.

Iklan

"Alasannya ingin membuatkan kanak-kanak itu kekal gemuk, tetapi dia tidak mempunyai latar belakang bidang perubatan," kata jurucakap polis Jawa Timur Kombes Pol. Farman.

Farman menjelaskan, suspek akan dijatuhkan hukuman mengikut Pasal 44 Ayat 1 Undang-undang KDRT dan Pasal 436 UU Kesihatan.

Iklan

Difahamkan laporan dibuat oleh ibu mangsa selepas dia mengetahui tindakan pembantu rumahnya itu.

Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor.

Dalam jangka masa pendek, pengguna steroid akan mengalami pertambahahan berat badan yang mendadak. Bahagian muka akan menjadi sembab atau lebih dikenali dengan istilah 'moon face'. -Agensi