Badminton Malaysia masih ada harapan

Iklan
Sze Fei-Nur Izzuddin meraikan kemenangan ketika merangkul kejuaraan badminton Terbuka Artik di Energia Areena, Vantaa, Finland.

KELMARIN Merak Jalanan sempat menonton perlawanan akhir Terbuka Artik melibatkan dua wakil negara iaitu beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah.

Goh Sze Fei-Izzuddin berjaya menundukkan pasangan dari Denmark dalam tiga set manakala Pearly Tan-M Thinaah berjaya mendapat naib juara setelah kalah dengan beregu China.

Iklan
Iklan

Gaya persembahan beregu lelaki kita pada perlawanan akhir itu amat bersahaja namun meyakinkan sungguhpun mereka turun tanpa jurulatih seperti pihak lawan.

Teknik bertahan dan melakukan hantaran lintang yang mengelirukan lawan setakat ini telah membuahkan hasil bagi Goh Sze Fei dan Izzuddin.

Iklan

Merak Jalanan kagum dengan kejayaan mereka yang dilihat sejak keluar daripada BAM 1 September lalu, beregu ini konsisten menang sehingga berjaya menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Sebenarnya badminton Malaysia masih lagi ada harapan untuk bersinar dalam pentas antarabangsa, tak kisahlah siapa pun yang wakili negara, sama ada pemain BAM ataupun pemain profesional, semua mereka adalah wakil negara kita.

Sebelum ini, peminat badminton tanah air seperti Merak Jalanan agak kecewa selepas kejayaan pasukan negara mendapat gangsa di pentas Olimpik Paris, tiada aksi yang memberangsangkan ditunjukkan pemain kita.

Hanya Goh Sze Fei-Izzuddin sahaja yang berjaya melepasi peringkat separuh akhir dan memberikan harapan kepada peminat badminton Malaysia.

Iklan

Merak Jalanan berharap ubi-ubi muda seperti Aaron Tai-Kang Khai Xing yang baru menang Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) dapat menunjukkan aksi lebih baik di peringkat senior nanti.

Kita tak mahu badminton Malaysia terus suram setelah ketiadaan pemain seperti Datuk Lee Chong Wei kerana peminat mahu melihat badminton Malaysia masih kekal relevan walaupun siapa yang beraksi atas gelanggang.