Kontinjen Jabatan Canseleri lepasi sasaran SASSA 2024

Iklan
Kontinjen Jabatan Canseleri melabuh kejohanan SASSA 2024 di kedudukan kedua terbaik.

KONTINJEN Jabatan Canseleri melabuh saingan Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam (SASSA) 2024 dengan status mencapai sasaran ditetapkan sebelum ini.

Tiga pingat emas dihasilkan dari acara ping pong beregu lelaki, ping pong beregu wanita dan petanque beregu lelaki membolehkan Jabatan Canseleri menamatkan cabaran di kedudukan kedua dalam kalangan 21 pasukan.

Iklan
Iklan

Temasya lima hari bermulai 9 Oktober hingga 13 Oktober itu menyaksikan keunggulan Kontinjen Kolej Pengajian Kejuruteraan apabila muncul juara keseluruhan dengan meraih tujuh pingat emas.

Ketiga menjadi milik kontinjen Hal Ehwal Pelajar yang mengutip dua pingat emas kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam dan Alam Lanes, AEON Shah Alam tersebut.

Iklan

Sementara itu, Ketua Kontinjen Jabatan Canseleri, Mohd Yuzi Zali berkata, satu kejutan apabila meraih kedudukan kedua keseluruhan sambil menyifatkannya hasil kesungguhan atlet-atlet.

Atlet ping pong wanita Jabatan Canseleri menghadirkan kejutan pada SASSA 2024.

Iklan

Jelasnya, beliau juga bangga apabila atlet-atlet Jabatan Canseleri hampir menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara yang lolos ke separuh akhir.

"Emas acara ping pong dan petanque sasaran realistik berdasarkan pengalaman atlet-atlet beraksi di peringkat tertinggi kejohanan universiti awam.

"Bagi edisi akan datang kami mensasarkan menambah baik dari segi pungutan pingat tidak hanya emas tetapi juga perak dan gangsa.

"Petanque wanita dan bola jaring antara prospek pingat untuk edisi berikutnya, selain perbaiki lagi skuad futsal dan bola sepak," katanya.