Jerman atasi Belanda di Allianz Arena

Iklan
Leweling hadirkan tiga mata buat Jerman ketika melayan kunjungan Belanda di Allianz Arena. Foto Agensi

JERMAN menempah slot suku akhir Liga Negara-Negara selepas pemain tengah Jamie Leweling menjelmakan penampilan sulung dengan gol kemenangan 1-0 atas Belanda dalam Kumpulan C di Allianz Arena pada Selasa.

Leweling berusia 23 tahun, salah seorang daripada dua pemain baharu Jerman ditampilkan dalam perlawanan berkenaan sebelum itu menjaringkan gol pada minit kedua tetapi percubaannya dibatalkan kerana ofsaid.

Iklan
Iklan

Pemain kelab Bundesliga Jerman, VfB Sturtgart itu kemudian menghadirkan mata ke-10 selepas empat perlawanan angkatan Julian Nagelsmann dengan gol minit ke-64.

Tiga mata itu sekali gus menjaminkan slot Die Mannschaft dalam fasa lapan terakhir, dengan Belanda lima mata di belakang di tempat kedua di depan Hungary dengan perbezaan gol manakala Bosnia tercorot dengan satu mata selepas tewas 0-2 kepada Hungary.

Iklan

"Separuh masa pertama sangat bagus. Selepas rehat mereka menukar momentum keadaan, kami juga tidak bertahan.

"Tetapi kami berhak sepenuhnya untuk menang. Kami kini mahu memenangi baki perlawanan. Kami mahu mempunyai kesinambungan apabila melibatkan keputusan,” kata Nagelsmann.

Iklan

Tuan rumah mengekalkan tekanan selepas rehat dan sekali lagi menghampiri menerusi Serge Gnabry pada minit ke-54 sebelum Leweling menjaringkan gol kemenangan.

Sementara itu, pengendali Belanda, Ronald Koeman mengakui tidak berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemain-pemain Oranje.

"Saya tidak berpuas hati dengan persembahan kami. Jerman tampil lebih baik, lebih pantas dan lebih kuat dari segi fizikal. Mereka mencipta lebih banyak peluang.

"Kami kehilangan terlalu banyak bola di bahagian tengah. Kami pergi terlalu jauh ke belakang, itu bukan perancangan pasukan.

"Perancangan adalah untuk memberi tekanan ke hadapan di bahagian kanan. Tetapi ia tidak berlaku,” kata Koeman.

Selain Leweling, penampilan seorang lagi pemain baharu, penjaga gol berusia 34 tahun Oliver Baumann, menjelmakan impak apabila mengekalkan kelebihan tuan rumah.