Rugi RM2.6 juta diperdaya pembelian musang king sejuk beku

Iklan
Mangsa dijanjikan akan menerima durian musang king sejuk beku dalam tempoh sebulan selepas pembayaran dilakukan namun sehingga kini belum menerima produk yang dijanjikan itu. - Foto hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang pengurus warga China kerugian RM2.6 juta selepas diperdaya dalam urus niaga import durian musang king sejuk beku.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mangsa memberitahu suspek yang juga warga China telah perdayakan syarikat mangsa dengan meyakinkan boleh menggunakan 'Approved Permit' (AP) milik syarikat eksport buah-buahan beralamat di Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, AP syarikat terbabit hendak digunakan bagi mengimport musang king sejuk beku dari negara ini ke China.

"Pihak syarikat telah berjumpa dengan suspek di China dan bersetuju membeli sebanyak 3,840 karton durian musang king sejuk beku bernilai RMB4.3juta atau bersamaan RM2.6 juta.

Iklan

"Pada 5 Julai lalu, transaksi pemindahan wang telah dilakukan ke dalam satu akaun bank milik syarikat lain berdaftar di Malaysia seperti diarahkan oleh suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Kumar, mangsa dijanjikan akan menerima durian musang king sejuk beku dalam tempoh sebulan selepas pembayaran dilakukan namun sehingga kini syarikat mangsa masih belum menerima produk yang dijanjikan itu.

Iklan

"Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan meminta rakannya di Malaysia mencari syarikat pemilik AP terbabit.

"Bagaimanapun, syarikat pemilik APM tersebut disahkan tidak pernah berurusniaga dengan syarikat mangsa.

"Mangsa kemudiannya datang ke Malaysia untuk membuat laporan polis memandangkan akaun bank yang digunakan suspek adalah milik syarikat berdaftar di negara ini," ujarnya.

Kumar memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420/411 Kanun.

"Orang ramai diminta berhati-hati apabila berurusan niaga dengan orang tidak dikenali.

"Semak latar belakang individu dan syarikat dengan agensi atau pihak berkuasa seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum lakukan transaksi pembayaran bagi kurangkan risiko menjadi mangsa penipuan," katanya.