PELUMBA pasukan Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov menjuarai Peringkat 1 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Kuching, Sarawak selepas merekodkan catatan masa 1 jam 51 minit 01 saat sebentar tadi.
Kejayaan itu membolehkan Fedorov yang baru berusia 19 tahun dari Kazakhstan menyarung tiga jersi utama - Jersi Kuning PETRONAS selaku pendahulu keseluruhan, Jersi Hijau PETRONAS (Raja Pecut) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia). Jersi Merah (Raja bukit) pula milik pelumba Bardiani CSF Faizane Cycling Team, Matteo Pelucchi.
Pada perlumbaan sejauh 86.6 kilometer itu, pelumba Thailand Continental Cycling Team, Thurakit Boonratana dan Ahmet Orken daripada Team Sapura Cycling masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga.