Gagal seludup anjing baka Rottweiler dari Belanda

Iklan
Dua anjing baka Rottweiler dirampas Maqis Selangor selepas didapati dibawa masuk menggunakan permit import palsu pada Sabtu lalu.

SEPANG - Dua ekor anjing baka Rottweiler dari Belanda yang cuba dibawa masuk ke dalam negara dirampas pada Sabtu lalu.

Tindakan itu diambil Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor kira-kira jam 5 petang hasil pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan Maqis FCZ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo.

Iklan
Iklan

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, pemeriksaan mendapati permit import Maqis yang digunakan adalah meragukan.

"Semakan lanjut berdasarkan nombor rujukan permit di dalam sistem iMAQIS mendapati bahawa permit yang dikemukakan adalah palsu dan telah disunting menggunakan permit import yang telah digunakan sebelum ini.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan dokumen yang palsu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Sobri berkata, mana-mana pengimport yang ingin membawa masuk anjing kategori baka terhad ke dalam negara perlu mendapatkan surat kelulusan khas daripada Ketua Pengarah Maqis.

Iklan

Jelasnya, pihak jabatan perlu membuat penilaian berdasarkan justifikasi membawa masuk anjing yang dikemukakan oleh pemohon sebelum memberikan kelulusan.

"Selain itu, pengimport juga perlu memohon Permit Import dan mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

"Hal ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.