10 laluan ditutup akibat banjir di Temerloh

Iklan
Kejadian banjir yang melanda daerah Temerloh menyebabkan beberapa laluan dinaiki air dan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan. Foto Facebook IPD Temerloh

TEMERLOH - Sebanyak 10 laluan di Temerloh dinaiki air dan ditutup kepada semua kenderaan manakala satu daripadanya hanya dibuka kenderaan berat ekoran kejadian banjir yang melanda daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, jalan-jalan yang ditutup kepada semua kenderaan terdiri Jalan Kampung Tanjung Kerayong yang dinaiki air sedalam 1.1 meter (m) sepanjang 145m.

Iklan
Iklan

Menurutnya, turut ditutup jalan Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab (0.4 m), Jalan Kampungg Kuala Kaung, Lanchang (1.50m), Jalan Kampung Jeragan, Lanchang (2.0m), Jalan Kampung Insaf, Lanchang (2.2m) dan Jalan Kampung Gajah Mati, Mentakab (1.20m).

"Jalan lain yang terlibat,Jalan Kampung Batu Kapor Bawah, Mentakab (1.60m), Jalan Kampung Batu Kapor, Mentakab (1.40m) dan Jalan Kampung Kelubi, Mentakab (1.5m).

Iklan

"Sementara itu, Jalan Kampung Pasu, Mentakab yang dinaiki air sedalam 0.70 meter hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja ketika ini," katanya.

Mazlan berkata, Jalan Bolok Mempaga, Lanchang yang dinaiki air sedalam. 0.25m dan Jalan Kampung Sungai Buloh, Mentakab (0.30m) masih dibuka kepada semua kenderaan.

Iklan

Beberapa kawasan di daerah Temerloh dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak Sabtu lalu.

Berdasarkan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,287 mangsa banjir dari 376 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah tersebut sehingga jam 10 pagi pada Selasa.