Air pasang besar di Hilir Perak, Bagan Datuk bermula hari ini

Iklan
Fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Oktober. Foto hiasan

IPOH - Fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Oktober dengan paras air tertinggi antara 3.1 meter (m) hingga 3.4 m melibatkan daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hilir Perak dalam kenyataan di laman Facebook menasihati orang ramai untuk sentiasa peka, berhati-hati dan membuat persediaan awal menghadapi banjir berdasarkan ramalan oleh agensi-agensi berkaitan.

Iklan
Iklan

Menurut JPS Daerah Hilir Perak, kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan lepas dengan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya angin kencang, ombak besar dan hujan lebat berlaku secara serentak yang boleh menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).

Kawasan berisiko tinggi di Hilir Perak adalah di Taman Karentina, Batak Rabit, Pekan Teluk Intan, Kampung Bahagia, Changkat Jong, kawasan Mukim Sungai Durian dan kawasan berdekatan sungai.

Iklan

Bagi daerah Bagan Datuk pula, kawasan berisiko tinggi ialah Mukim Rungkup, Mukim Bagan Datuk, Mukim Teluk Bharu, Mukim Sungai Durian, Sungai Samak, Sungai Manila, Kampung Banang, kawasan Hutan Melintang dan kawasan berdekatan sungai serta pantai.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku secara serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat yang selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan